Wednesday, 29 May 2013

Artikel Lama Jabatan Pergigian Negeri Perak Dalam Memori





Adalah diharapkan,kita sebagai generasi baru lebih menghargai medium promosi pendidikan kesihatan pergigian yang lebih baik dan canggih pada masa ini dengan membandingkan medium lama yang digunakan untuk tujuan mempromosikan pendidikan kesihatan pergigian.Semoga kita menggunakan sepenuhnya kemudahan media sosial pada masa ini seperti facebook,blog,you tube dan sebagainya untuk keberkesanan penyampaian maklumat dan informasi dengan lebih efisien.Berikut adalah artikel-artikel lama yang dikeluarkan oleh Jabatan Pergigian Negeri Perak untuk dikongsikan bersama;






Salah satu artikel muka depan keluaran 1979


Artikel 1979 yang melakarkan peralatan pergigian lama yang digunakan oleh doktor gigi pada masa itu


Berus gigi semulajadi dalam bentuk buah-buahan untuk tujuan pendidikan


Makanan yang menguatkan gigi


Amalkan memakan sayur-sayuran untuk kesihatan


Kerosakan gigi


Penyakit gusi


Makanan ringan yang merosakkan gigi







Kursus Pemantapan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) Daerah Kinta 2013


Aturcara Majlis


Satu kursus bertajuk Kursus Pemantapan Pembantu Perawatan Kesihatan Fasa 1 Daerah Kinta telah diadakan pada 28 Mei 2013 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Kesihatan Pergigian Perak.Kursus ini telah dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kinta melibatkan seramai 35 orang PPK (Pembantu Perawatan Kesihatan) dari klinik-klinik serata daerah Kinta seperti Klinik Pergigian Ipoh,Klinik Pergigian Buntong,Klinik Pergigian Chemor,Klinik Pergigian Pasir Pinji,Klinik Pergigian Gunung Rapat,Klinik Pergigian Batu Gajah,Klinik Pergigian Tanjung Tualang,Klinik Pergigian Greentown,Klinik Pergigian Menglembu,Klinik Pergigian Simee,Klinik Pergigian HBUK (Hospital Bahagia Ulu Kinta) dan Klinik Pergigian Jelapang.



Seramai 35 orang PPK sekitar Kinta terlibat


Diantara objektif am kursus ini adalah untuk mengukuhkan pengetahuan mengenai tugas-tugas PPK mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.Sementara objektif khusus ialah;


  1. Menambahkan pengetahuan mengenai peralatan & bahan-bahan pergigian

  2. Meningkatkan kefahaman dalam melaksanakan tugas-tugas PPK

  3. Meningkatkan motivasi diri semangat kerja berpasukan 


Kursus yang mengambil masa selama satu hari ini telah diisi dengan pelbagai ceramah meliputi tugas-tugas PPK di makmal,tanggungjawab PPK,pengenalan kepada peralatan dan bahan pergigian,nilai-nilai murni dan kerja berpasukan serta taklimat dan latihan pencartaan gigi oleh penceramah-penceramah jemputan.Semoga kursus tahunan seumpama ini akan melengkapkan ilmu dan pengetahuan PPK kearah bekerja dengan lebih bermotivasi dan berkualiti.


 
Dr Kung Hai Poo sedang menyampaikan ceramahnya kepada para peserta

Thursday, 23 May 2013

Bengkel Pembinaan Media Sosial : Facebook,Blog dan YouTube 2013




Bertempat di Hotel Regency Kuala Lumpur,bertarikh 21 Mei 2013-23 Mei 2013 satu bengkel bertajuk Pembinaan Media Sosial Wadah Promosi Kesihatan Pergigian Fasa Satu telah diadakan.Peserta dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak telah didedahkan dengan pelbagai maklumat dan informasi terkini berkaitan pembinaan,pengendalian dan pengawalseliaan media sosial sebagai wadah promosi kesihatan pergigian.Diantara objektif kursus ialah;


Para peserta sedang membuat latihan
Latihan membuat facebook dan blog
Dr Nur Azlina,wakil dari Negeri Perak






  1. Memperkenalkan penggunaan Facebook, Blog dan Youtube untuk kegunaan promosi.

  2. Perlantikan Pegawai Bertanggungjawab Pengendali Media Sosial untuk setiap negeri

  3. Memberi pengetahuan dan kemahiran pembinaan, pengendalian dan pengawalan kepada Pegawai Bertanggungjawab untuk kegunaan promosi kesihatan pergigian

  4. Memberi pengetahuan dan penjelasan tentang tanggungjawab Pengendali Media Sosial mengikut Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, Surat-surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU dan undang-undang berkaitan media sosial.

     


     


Wednesday, 22 May 2013

UTC Perak ( Pusat Transformasi Bandar )

Majlis Perasmian UTC,Perak


Pusat Transformasi Bandar (UTC) merupakan inisiatif di bawah Strategi Laut Biru Negara (Blue Ocean Strategy) yang menempatkan 10 kluster perkhidmatan merangkumi;perkhidmatan kerajaan,kesihatan,perbankan dan kewangan,pendidikan, latihan dan pekerjaan,utiliti contohnya [TM Point,TNB,Indah Water dan Pos Malaysia ],keselamatan,kebajikan,pembangunan usahawan dan ruang niaga,pembangunan belia dan perkhidmatan badan bukan kerajaan (NGO) bertujuan meningkatkan capaian rakyat di kawasan bandar kepada pelbagai perkhidmatan kerajaan dan swasta.Ia juga lebih dikenali sebagai pusat sehenti bagi semua perkhidmatan awam dan swasta dalam menangani masalah dan isu yang dihadapi masyarakat.Komuniti boleh berurusan dengan jabatan kerajaan dan swasta dalam satu bumbung.Menjimatkan masa dan mudah bukan?Di Ipoh,Perak,UTC telah memulakan operasinya di bangunan yang dahulunya merupakan sebuah Pasar Raya yang dikenali sebagai 'Super Kinta'.Dibuka pada setiap hari,termasuk pada hari Sabtu dan Ahad bermula 8.30 pagi sehingga jam 10.00 malam.



Kaunter Informasi UTC Perak

Bilik Rawatan Pergigian UTC Perak