Saturday, 8 June 2013

Promosi Pendidikan Kesihatan Pergigian Bersama Kodomo Lion



Bersama maskot Kodomo Lion.

Satu sesi pendidikan kesihatan pergigian bersama Kodomo Lion telah diadakan di SJKC Wan Hwa II,Menglembu Perak pada 02 April 2013 melibatkan hampir 1700 orang pelajar dari darjah satu sehingga darjah enam.Melibatkan dua buah klinik iaitu Klinik Pergigian Menglembu dan Klinik Pergigian Buntong.Dibahagikan kepada dua sesi mengikut peringkat umur iaitu sesi pertama melibatkan darjah 1-3 dan sesi kedua melibatkan darjah 4-6.



Pelajar SJKC Wan Hwa II,Menglembu.

Kaedah penyampaian ceramah yang menarik dengan gaya dan intonasi suara tinggi dan rendah mengikut senario penceritaan telah berjaya menghiburkan hati para peserta,ditambah pula dengan seni visual berupa lukisan-lukisan kartun berwarna-warni.Sesi soal jawab juga diadakan untuk memastikan peserta menumpukan perhatian sepanjang ceramah berlangsung berserta hadiah untuk mereka yang berjaya menjawab soalan yang diajukan.Adalah diharapkan,mesej yang diselitkan berupaya diaplikasikan oleh para peserta supaya kesihatan dan kebersihan mulut dapat dikekalkan sepanjang hayat.Peserta juga dibekalkan dengan set ubat gigi berperisa seperti oren dan strawberi,berus gigi dan jadual waktu tajaan Kodomo Lion.


Dua orang wakil dari Kodomo Lion menyampaikan ceramah dengan jayanya.

Kita berharap agar kerjasama diantara pihak swasta dan kerajaan dapat diteruskan dari semasa ke semasa dalam memberikan kesedaran yang berterusan kepada para peserta khasnya pelajar-pelajar sekolah supaya senyuman berseri dapat dikekalkan sepanjang masa.Terima kasih Kodomo Lion !


Diantara visual lukisan menarik yang dipaparkan.




No comments:

Post a Comment